suria

Simon Cowell Mengaku 65 Wanita Tolak Cintanya

Simon Cowell.
Simon Cowell.
Simon Cowell.

BEKAS juri program American Idol, Simon Cowell mendedahkan sebanyak 65 wanita pernah menolak lamaran untuk berkahwin dengannya.

Simon berkata, itu menjadi punca mengapa dia masih membujang pada usia 52 tahun.

"Sebenarnya tiada siapa yang ingin berkahwin dengan saya. Saya pernah melamar sebanyak 65 kali dan tiada siapa pun yang berkata 'ya' untuk menerima lamaran saya," ujarnya ketika ditanya mengenai soal itu.

Malah katanya, dia yakin akan membujang sehingga ke akhir hayat kerana keengganan wanita berkahwin dengannya.

"Pada tahap ini saya tidak pasti sama ada akan berkahwin atau pun tidak, namun saya bahagia dengan kehidupan sekarang," katanya.

Simon juga sempat mengulas mengenai hubungan dengan tunangnya, Mezhgan Hussainy dan memberitahu mereka telah berpisah walaupun masih berhubung antara satu sama lain.

"Kami telah berpisah tetapi masih belum putus hubungan dan masih berjumpa," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain