suria

Taylor Swift Tidak Cerewet Memilih Calon Kekasih

Taylor Swift bersama dua trofi Lagu Country Terbaik dan Persembahan Solo Terbaik Dalam Lagu Country yang dimenanginya menerusi lagu Mean pada Anugerah Grammy ke-54, 12 Februari lalu.

WASHINGTON: Teman-teman rapat kepada penyanyi Taylor Swift berkata mereka berhadapan kesulitan untuk mencari calon kekasih buatnya memandangkan penyanyi muda itu tidak mempunyai kriteria tertentu dalam memilih lelaki.

Teman-temannya mengakui kronologi cinta penyanyi country itu yang menyaksikan dia menjalin hubungan dengan pelbagai selebriti seperti Joe Jonas, Taylor Lautner, Jake Gyllenhaal dan John Mayer sebelum ini, membuatkan mereka keliru dengan lelaki yang ideal baginya.

“Saya tidak mempunyai kriteria yang tertentu dalam memilih kekasih. Itu yang dikatakan oleh teman-teman saya,” katanya yang dipetik contacrmusic.com.

Namun, Swift percaya sikapnya yang tidak cerewet itu adalah sesuatu yang baik untuk dia menjalin hubungan yang baru.

“Sikap itu (tidak cerewet) sebenarnya memudahkan untuk hubungan pada masa hadapan. Anda tidak akan tahu siapa yang akan ditemui kelak,” tambahnya. - ANI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain