suria

Nama Anak Pada Jenama Beg Tangan Terbaru Victoria

Victoria Beckham
Victoria Beckham
Victoria Beckham

LONDON: Penyanyi yang kini bergelar pereka fesyen iaitu Victoria Beckham menamakan salah satu rangkaian jenama beg tangan terbarunya adalah Harper Seven bersempena nama anak perempuannya.

Laman web femalefirst.co.uk melaporkan, wanita berusia 37 tahun itu mempamerkan koleksi musim luruh-sejuk terbarunya di Minggu Fesyen New York dan mendedahkan kepada umum untuk menamakan salah sebuah koleksi tersebut bersempena nama anaknya yang berusia tujuh bulan.

“Ia (beg) berkaitan tentang penciptaan dan kualiti. Koleksi itu mengandungi pengaruh elemen perkakasan tentera. Saya sangat teruja dengan beg Harper. Saya reka sendiri apa yang saya inginkan dan tidak sabar untuk memakainya,” katanya.

Koleksi beg Victoria itu turut merangkumi elemen feminin, corak yang bersesuaian, dilengkapi perincian unsur ketenteraan dan kasut but penunggang motosikal, di mana sebahagiannya dipengaruhi oleh suaminya, bintang bola sepak David Beckham.

“Kehidupan harian saya adalah sumber inspirasi. Saya mengambil beberapa topi Beanie daripada almari David dan beberapa pasang jaket miliknya... Paduan itu cukup hebat,” katanya. - IANS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain