suria

Kylie Minogue Tidak Sabar Buat Persembahan Di Malaysia

Kylie Minogue.
Kylie Minogue.
Kylie Minogue.

PETALING JAYA: Penyanyi Kylie Minogue bakal menghangatkan sambutan edisi ke-14 perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1) apabila bakal mengadakan sebuah persembahan khas pada 23 dan 24 Mac depan.

Dalam satu kenyataan kepada media tempatan, Kylie memberitahu dia sangat teruja untuk menemui semua peminatnya buat pertama kali di negara ini dan berharap pengunjung akan terhibur dengan persembahannya nanti.

"Tidak sabar rasanya untuk datang buat pertama kali ke Malaysia dan berjumpa dengan peminat-peminat saya.

"Selain membuat persembahan di F1 Rocks, saya juga akan hadir ke Litar Antarabangsa Sepang dan F1 Paddock untuk memberi sokongan kepada semua pemandu di sana nanti," ujarnya.

Kylie berkata, dia berjanji akan memberikan pertunjukan istimewa selama 90 minit untuk para peminatnya dengan menyanyikan lagu-lagu popular sama seperti konsert jelajahnya iaitu Aphrodite Les Folies.

Terkenal dengan lagu Can't Get You Out of My Head, Kylie bakal muncul di Menara Berkembar Petronas (KLCC) untuk konsert tersebut.

Pada persembahan berjudul F1 Rocks In Malaysia itu, dia akan turut berganding dengan penyanyi R&B popular Amerika Syarikat, Kelis.

Dalam pada itu, beberapa penyanyi tempatan seperti James Baum, Reshmonu dan kumpulan tarian ElecoldXhot dijangka memeriahkan pertunjukan itu nanti.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai persembahan itu dan tiket secara percuma boleh melayari www.f1rocks.com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain