suria

Shakira Dan Britney Bakal Berkolaborasi

Britney Spears.
Britney Spears.
Britney Spears.

DUA diva ternama, Britney Spears dan Shakira dilaporkan bakal berkolaborasi dalam sebuah lagu baru khas untuk para peminat mereka.

Menurut Aceshowbiz, duet terbaru itu bakal menggunakan khidmat Will.i.am dari kumpulan Black Eyed Peas sebagai komposer lagu tersebut.

Dalam pada itu, penyanyi dan komposer, Pharrell Williams adalah orang penting disebalik rancangan terbaru itu dan dia juga berhasrat untuk melamar Lady Gaga untuk duet tersebut.

"Saya telah mengusulkan idea ini kepada label Britney untuk mengundang Shakira dan Lady Gaga. Ia adalah sebuah idea yang luar biasa untuk mengandingkan mereka," ujarnya.

Britney kali terakhir muncul dengan album baru pada Mac tahun lalu menerusi Femme Fatale.

Artikel Lain