Aktor Perancis Jean Dujardin memenangi kategori Aktor Terbaik dalam Muzikal/Komedi menerusi The Artist. - Foto AFPBEVERLY HILLS: Filem bisu hitam putih The Artist dan drama komedi The Descendants meraih kemenangan besar di anugerah Golden Globes yang berlangsung pada malam Ahad, di sini.The Artist memenangi kategori Filem Komedi atau Muzikal Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik di dalam kategori Muzikal atau Komedi menerusi Jean Dujardin. Sementara, The Descendants turut berkongsi dua anugerah menerusi Filem Terbaik - Drama dan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) menerusi George Clooney.Kejayaan itu juga sekaligus memperlihatkan persaingan dua buah filem berkenaan untuk berpeluang besar disenaraikan dalam anugerah Academy Awards atau Oscar yang bakal berlangsung pada bulan depan.Pemenang-pemenang lain pada anugerah ke-69 itu termasuklah Meryl Streep menerusi Iron Lady, Michelle Williams(My Week With Marilyn), Christopher Plummer (Beginners) dan Octavia Spencer (The Help), termasuklah anugerah Pengarah Terbaik kepada pengarah veteran Marton Scorsese (Hugo)."Saya harus berterima kasih kepada rakyat England yang membenarkan saya melakonkan filem itu dan merosakkan sejarah mereka," kata Steep yang memperoleh anugerah Globe kelapannya menerusi watak sebagai bekas Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher dalam Iron Lady.Pelawak British yang terkenal dengan jenaka sinis iaitu Ricky Gervais kembali ke pentas Globe sebagai pengacara.Penganugerahan Scorsese sebagai Pengarah Terbaik dalam filem pengembaraan di kota Paris, Hugo merupakan kemenangan ketiga pengarah itu di pentas Globe dalam tempoh 10 tahun.Sebelum ini, Scorsese diiktiraf dengan anugerah yang sama menerusi filem Gangs of New York dan The Departed.Mengulas mengenai kejayaannya bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Muzikal atau Komedi menerusi My Week With Marilyn, Williams berkata dia mengucapkan terima kasih kerana diberi pengiktirafan serupa yang pernah diraih oleh Marilyn Monroe sebelum ini.Williams juga sempat berjenaka dalam usaha untuk menghayati watak bintang lagenda itu, dia terpaksa menggunakan suara Monroe selama enam bulan setiap kali dia membacakan cerita kepada anak perempuannya sebelum tidur."Keutamaan saya adalah sebagai seorang ibu, dan kedua baru seorang aktres, jadi insan yang harus saya berterima kasih semestinya anak perempuan saya yang sentiasa menjadi perangsang dalam hidup dan kerja saya," katanya.Dujardin merupakan bintang filem pertama yang memenangi Aktor Terbaik menerusi filem bisu.Pencapaian itu juga adalah platform terbaik buat aktor Perancis itu melebarkan jenamanya di Hollywood. Antara filem lakonannya termasuklah OSS 117: Cairo, Nest of Spies dan OSS 117: Lost in Rio.Filem animasi Steven Speilberg yang diadaptasi komik penyiasat Belgium iaitu The Adventures of Tintin memenangi Filem Animasi Terbaik, manakala filem Iran A Separation menggondol anugerah Filem Bahasa Luar Terbaik.Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah golden Globes ke-69.Filem Terbaik - Drama: The DesccendantsFilem Terbaik - Muzikal/Komedi: The ArtistPelakon Lelaki Terbaik - Drama: George Clooney, The DesccendantsPelakon Wanita Terbaik - Drama: Meryl Streep, Iron LadyPelakon Lelaki Terbaik - Muzikal/Komedi: Jean Dujardin, The ArtistPelakon Wanita Terbaik - Drama/Muzikal: Michelle Williams, My Week With MarilynPelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Christopher Plummer, BeginnersPelakon Pembantu Wanita Terbaik: Octavia Spencer, The HelpLakonlayar Terbaik: Woody Allen, Midnight in ParisSkor Asal Terbaik: Ludovic Bource, The ArtistFilem Bahasa Asing Terbaik: A Separation, IranLakon Layar Terbaik: Woody Allen, Midnight in ParisFilem Animasi Terbaik: The Adventures of TintinFilem TV atau Mini Siri Terbaik: Downton AbbeyPelakon Pembantu Lelaki dalam Siri, Mini Siri atau Filem TV: Peter Dinklage, Game of ThronesPelakon Pembantu Wanita dalam Siri, Mini Siri atau Filem TV: Jessica Lange, American Horror StoryPelakon Lelaki Terbaik dalam Siri, Mini Siri atau Filem TV: Idris Elba, LutherPelakon Wanita Terbaik dalam Mini Siri, Filem TV: Kate Winslet, Mildred PierceSiri TV, Drama Terbaik: HomelandPelakon Lelaki Terbaik dalam Siri TV, Drama: Kelsey Grammer, BossPelakon Wanita Terbaik dalam Siri TV, Drama: Claire Danes, HomelandPelakon Lelaki Terbaik dalam Siri TV, Komedi: Matt LeBlanc, EpisodesPelakon Wanita Terbaik dalam Siri TV, Komedi: Laura Dern, EnlightenedLagu Asal Terbaik: "Masterpiece," Madonna, Julie Frost and Jimmy HarryAnugerah Cecil B. Demille (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat): Morgan Freeman- AFP