suria

Justin Bieber Tolak Dadah, Seks Bebas

BINTANG muda, Justin Bieber, 18, menegaskan menginjak usia yang semakin dewasa bukanlah satu tiket untuk dia melalui kehidupan bebas mahupun membawakan lagu berunsur seks, dadah atau gejala negatif lain.

Penyanyi yang baru sahaja menambah tatu di bahagian betisnya itu memilih untuk berubah secara normal cuma dia berharap peminat-peminatnya tahu bahawa dia bukan kanak-kanak lagi.

"Rasanya semua orang harus tahu saya bukannya kanak-kanak yang tidak faham keadaan sekeliling lagi, tetapi saya belum membesar sepenuhnya. Ya, saya masih belajar untuk itu.

"Cuma saya tidak akan merosakkan diri seperti yang sesetengah orang inginkan dengan berpesta atau menjadi seorang peminum alkohol tegar.

"Saya ingin menjadi diri sendiri tanpa pengaruh orang lain. Yang penting saya tidak akan membawakan lagu-lagu berunsur seks, dadah atau gejala negatif yang semakin menular dunia," tegasnya kepada dailymail.com.

Tambah Justin, dia lebih selesa membawakan lagu berunsur mesej positif atau cinta dan ingin menjadi seseorang yang dihormati semua.

Dalam pada itu, anak muda ini turut memberi pesanan ringkas kepada segelintir orang yang membencinya agar mendengar lagu-lagunya dahulu sebelum mengkritik.

"Walaupun saya mempunyai ramai peminat, ramai juga orang yang membenci Justin Bieber, walhal mereka tidak pernah mendengar lagu-lagu saya," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain