suria

Ricky Martin Ingin Tambah Anak

Ricky Martin bersama anak kembarnya, Matteo dan Valentino.
Ricky Martin bersama anak kembarnya, Matteo dan Valentino.
Ricky Martin bersama anak kembarnya, Matteo dan Valentino.

PENYANYI yang popular dengan lagu Livin 'La Vida Loca, Ricky Martin merancang untuk menambah bilangan anak dalam waktu terdekat ini.

Ricky, 40, yang secara terbuka mengakui dirinya seorang homoseksual pada 2010, telah pun mempunyai sepasang anak kembar yang telah mencecah usia tiga tahun iaitu Matteo dan Valentino yang dilahirkan melalui proses ibu tumpang.

"Saya ingin menambah bilangan ahli keluarga pada tahun ini supaya perbezaan umur tidak begitu ketara di antara Matteo dan Valentino," ujarnya.

Salah satu sumber pula memberitahu, anak yang bakal lahir itu nanti akan dijaga bersama dengan kekasihnya, Carlos Gonzalez Abella yang juga pembantu peribadinya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain