suria

Gaga dan Bieber Bikin Times Square Diserbu Peminat

Gaga dan Datuk bandar New York, Michael Bloomberg merasmikan tahun 2012.
Gaga dan Datuk bandar New York, Michael Bloomberg merasmikan tahun 2012.
Gaga dan Datuk bandar New York, Michael Bloomberg merasmikan tahun 2012.

HAMPIR sejuta warga telah memenuhi ruangan Times Square, New York, dengan memulakan tahun baru 2012 menyaksikan persembahan hebat dua penyanyi kesayangan mereka iaitu Justin Bieber dan Lady Gaga.

Sambutan tahun baru itu dianggap yang terbesar pernah diadakan di Amerika Syarikat.

Sepanjang persembahan Gaga dan Bieber, para penonton tidak henti-henti menyanyi, menari serta menjerit-jerit memanggil penyanyi kesayangan mereka itu.

Gaga yang menggayakan gaun rona perak dipadankan topeng mukanya bersama Datuk bandar New York, Michael Bloomberg, merasmikan tahun 2012 dengan menekan suis bebola kristal lalu pertunjukan bunga api pula berlangsung mewarnai langit Manhattan.

Sepanjang acara berlangsung, Pesuruhjaya Polis, Raymond Kelly, berkata, sekuriti secara besar-besaran dilakukan kerana yakin Times Square akan diserbu oleh peminat-peminat setia Gaga dan Bieber.

Malah, beg galas dan minuman beralkohol juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke lokasi tersebut.

Sebagai langkah keselamatan, seramai 1,550 pihak polis mengawal Times Square termasuklah beberapa anjing pengesan bom, penembak tepat dan unit anti pengganas.

Sementara itu, selain Gaga dan Bieber yang menjadi perhatian utama oleh masyarakat New York sempena sambutan 2012 itu, penyanyi rock veteran, Chuck Berry dan penyanyi opera, Placido Domingo turut beraksi di the Metropolitan Opera.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain