suria

Scarlett Johansson Obses Lipstik Merah

Scarlett Johansson
Scarlett Johansson
Scarlett Johansson

TERNYATA bukan Lady Gaga sahaja yang gemar memakai solekan setiap hari. Aktres Scarlett Johanson juga turut mengakui, kehidupan sehariannya tidak tenang jika wajahnya tidak disolek.

Bintang filem We Bought A Zoo ini berkata, sekurang-kurangnya, dia akan memakai solekan yang tipis dan memastikan dirinya kekal cantik.

"Setiap hari saya akan bersolek walaupun cuma sedikit saja. Saya bukan seorang yang boleh keluar rumah dengan wajah seperti 'tidak siap' kerana perlu diingat kita tidak tahu dengan siapa yang akan kita temui di luar sana," kata Scarlett kepada portal Dailymail.

Tambahnya, dia juga memastikan menyimpan sebatang lipstik rona merah dalam tas tangannya.

"Saya sangat obses dengan lipstik merah dan menyimpannya dalam tas tangan merupakan perkara yang wajib. Lipstik merah juga merupakan penyelamat keadaan dimana ia boleh dipakai tanpa memerlukan solekan lain," selorohnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain