Kurang Popular, Nadia Zainal Tidak Kecewa - Hiburan | mStar

Kurang Popular, Nadia Zainal Tidak Kecewa

Nadia Zainal tidak kecewa namanya kurang popular di bibir peminat. Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH.
Nadia Zainal tidak kecewa namanya kurang popular di bibir peminat. Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH.

SHAH ALAM: Dramatis dan aktivis teater, Nadia Zainal tidak berasa kecewa apabila namanya kurang dikenali walaupun telah bergelar sebagai seorang pelakon dari tahun 2008 lagi.

Nadia berkata, dia tidak mempunyai sebab tertentu untuk berasa terkilan kerana beranggapan nasib belum menyebelahinya untuk dikenali berbanding segelintir pelakon lain yang popular dengan pantas.

"Kalau masyarakat tidak perasan kehadiran saya dalam industri seni, tiada apa yang perlu dikecewakan kerana ia bukan sesuatu yang pelik.

"Mungkin juga ramai tidak mengenali saya kerana kebanyakan drama lakonan saya disiarkan di stesen televisyen yang kurang popular," ujarnya ketika ditemui mStar Online di sini.

Dalam pada itu, Nadia yang sedang sibuk dengan pementasan teater Asrar II berkata, walaupun kurang dikenali ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengejar cita-cita sebagai anak seni.

"Sejujurnya populariti bukan perkara yang saya kejar kerana penglibatan saya dalam bidang ini adalah kerana minat mendalam terhadap dunia lakonan dan pementasan teater.

"Bagaimanapun harus saya akui bahawa publisiti itu amat perlu kerana ia membantu meningkatkan populariti seseorang artis itu,” ujarnya.

Sementara itu, Nadia berkata dia bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan tidak putus walaupun kurang pendedahan dalam media massa.

Ujarnya, sejak bergiat aktif sebagai pelakon, aktivitinya sentiasa padat dengan tawaran berlakon drama dan pementasan teater.

"Alhamdulillahlah rezeki masih ada dan paling menyeronokkan apabila saya dapat berlakon drama dan teater yang kedua-duanya memberikan kepuasan berbeza," katanya.

Antara drama lakonan Nadia adalah Impian Sunsilk, Blogger Boy 2, Inikah Cinta, Gadis Semasa, Apa Dosaku, Papa Nak Kahwin dan Epit dan Elly.

Manakala, Nadia juga pernah terlibat dalam pementasan teater seperti Bangsawan Haris Fadilah, Muzikal tun Abdul Razak, Kucing Berlari dan Bangsawan Bunga Sakti Cinta Malam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lif Khas Untuk Bakal Bayi Beyonce

Artikel Berkaitan

default image

Sajian Program Hangat Hujung Tahun Di TV3

default image

Sleeq Kagum Berduet Dengan Ramlah Ram

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan