suria

Konsert Semangat Inspirasi Meriah

KUALA LUMPUR: Lebih 2000 penonton memeriahkan Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena menyaksikan persembahan artis-artis popular di Konsert Semangat Inspirasi.

Konsert kolaborasi yang julung kali dianjurkan ini menampilan barisan artis seperti Tomok, Bunkface, Meet Uncle Hussain, Wing, Adam & VIP, dan Shila Hamzah.

Selain itu, tarikan istimewa konsert malam itu kumpulan rock Indie Britain, One Night Only.

Persembahan pertama tepat pukul 9 malam menyaksikan persembahan bertenaga daripada Tomok dengan medley lagu-lagu popularnya seperti Berlari, Bagaikan Bidadari dan Arjuna.

Diikuti artis-artis lain yang membawakn lagu-lagu popular masing-masing.

Selain pentas utama di Kuala Lumpur, tiga lokasi berlainan turut dipilih sempena penganjuran konsert kolaborasi seperti di Pulau Pinang, Johor Baru dan Kota Kinabalu.

Acara tersebut juga menyelitkan video eksklusif perjalanan seorang anak seni, Tomok yang tidak pernah gentar dengan rintangan untuk mencipta nama di persada seni.

Konsert gabungan stesen televisyen TV3 dan Coca-Cola ini telah disiar secara langsung di TV3.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain