Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara - Hiburan | mStar

Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara

Upin dan Ipin boleh ditemui di Muzium Negara
Upin dan Ipin boleh ditemui di Muzium Negara

KISAH dua budak botak yang nakal tetapi bijak bernama Upin dan Ipin kini menjadi satu fenomena terutama di kalangan kanak-kanak di negara ini bahkan hangat diperkatakan di negara-negara jiran termasuk Indonesia.

Bersesuaian dengan musim cuti sekolah, Jabatan Muzium mengadakan pameran bertemakan Jejak Upin dan Ipin dengan kerjasama Les’Copaque Production.

Pegawai Perhubungan Media Les’Copaque, Mohd Zarin Abdul Karim berkata, pameran diadakan berikutan sambutan yang menggalakkan terhadap siri animasi itu.

“Kami sering menganjurkan karnival Upin dan Ipin secara bergerak ke seluruh negara sebelum ini namun mendapat permintaan untuk diadakan secara tetap.

“Antara mereka mahu melihat di sebalik pembikinan siri animasi ini menyebabkan kami menghasilkan idea untuk mengadakan pameran yang lebih meluas.

“Secara tidak langsung, ia menjadi aktiviti utama masyarakat seisi keluarga terutama kanak-kanak sempena cuti sekolah,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.

Mohd Zarin berkata, Les’Copaque memberikan satu kelainan kepada pengunjung di mana selain melawat muzim, mereka juga mendapat maklumat di sebalik industri animasi khususnya pembikinan siri Upin dan Ipin.

“Kami mahu memberikan pengalaman sebenar kepada pengunjung yang selama ini hanya melihat watak-watak animasi menerusi televisyen dan majalah.

“Kebiasaannya ibu bapa sering membawa anak-anak mereka ke taman tema tetapi menerusi pendekatan baru dalam Jejak Upin dan Ipin, kami membantu mereka menyelami suasana itu,” katanya.

Beliau menambah, tarikan khas iaitu replika Rumah Opah memberikan peluang kepada pengunjung merasai pengalaman berada dalam suasana animasi popular itu.

“Selain itu, kami turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik melibatkan maskot Upin dan Ipin termasuk jualan produk jenama animasi itu.

“Pengunjung juga berpeluang untuk bergambar dengan maskot sebagai kenangan musim cuti sekolah akhir tahun,” kata Mohd Zarin lagi.

Pengunjung seolah-olah dibawa berimaginasi mengembara dalam siri animasi Upin dan Ipin di samping mendapatkan maklumat pembikinan dari penulisan skrip, seni konsep, papan cerita, rekaan cerita, karakter sehingga ke rakaman suara.

Pameran Jejak Upin dan Ipin kini berlangsung di Muzium Negara sehingga 31 Disember ini dengan pas masuk RM12 untuk dewasa (pemegang MyKad) dan RM20 (tanpa MyKad) manakala kanak-kanak RM6 (MyKad) dan RM10 (tanpa MyKad).

Setiap pengunjung layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan menyertakan pas masuk dan pemenang akan diumumkan pada setiap Ahad.

Artikel Sebelum

Ean Teruja Bekerja Dalam Tekanan

Artikel Berikut

Julie Woon pentingkan penjagaan rambut

Artikel Berkaitan

default image

SOROTAN 2011: Perkahwinan artis

default image

Konsert 'Loudspeaker' Tidak Capai Sasaran

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain