‘Beribu Sesalan’ Versi Ning Baizura Tidak Canggung! - Hiburan | mStar

‘Beribu Sesalan’ Versi Ning Baizura Tidak Canggung!

Ning memberikan persembahan bertenaga dan tidak menghampakan penonton di Konsert Ning @ Kl Live di Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Jumaat. - Foto ROHAIZAT DARUS
Ning memberikan persembahan bertenaga dan tidak menghampakan penonton di Konsert Ning @ Kl Live di Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Jumaat. - Foto ROHAIZAT DARUS

KUALA LUMPUR: Biarpun menyanyikan lagu Beribu Sesalan secara bersendirian tanpa Jaclyn Victor dan Shila Amzah, penyanyi Ning Baizura tetap membawakan lagu tersebut dengan memukau dan mantap di Konsert Ning @ KL Live, di Life Centre, Jalan Sultan Ismail, di sini, Jumaat.

Menggunakan bantuan teknologi skrin putih yang menayangkan video rakaman Ning menyanyikan lagu itu, paduan suara antara video dan nyanyian Ning di atas pentas itu secara selang-seli tidak kedengaran canggung.

Secara keseluruhannya, pengalaman Ning selama 18 tahun dalam industri seni tempatan banyak membantu penyanyi ini menggilap bakatnya yang terkenal dengan suara soprano itu.

Selain itu, Ning menyanyikan lebih daripada 20 buah lagu popularnya secara medley seperti Curiga, Dugaanku, Pasti, Penjara Kasih, Kau Dan Aku, Alangkah, Kata Hati, Asmara, Percaya, You And I, Selagi Ada Cinta, Bersama Berdua, Ke Sayup Bintang, Wishing All The Star, Mama Papa dan Awan Yang Terpilu dengan iringan muzik live band yang diketuai oleh Alvin Santiago.

Dengan memilih konsep bunga, Ning turut mengundang penyanyi Russell Curtis dan Altimet untuk berduet dengannya menerusi lagu Antara Kita (Russell) dan Mama Papa (rap oleh Altimet).

“Bunga teratai melambangkan kesetiaan dan kejayaan adalah pilihan…

“Saya juga sentiasa mengidamkan bakat yang dimiliki oleh anak muda sekarang seperti bermain alat muzik dan menyanyi,” ujarnya ketika di atas pentas.

Ning turut memperagakan pelbagai jenis pakaian yang melambangkan bunga teratai, matahari, mawar, jasmin dan orkid yang direka oleh pereka fesyen terkenal seperti Michael Ong, Rizman Ruzaini dan Jovian Mandagie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Cinta Muka Buku' Ada Kekuatan Tersendiri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain