suria

Ricky Martin Bakal Membintangi Dalam GLEE?

Ricky Martin.
Ricky Martin.
Ricky Martin.

PENYANYI latin, Ricky Martin dilaporkan akan membintangi dalam siri televisyen remaja muzikal popular, GLEE menurut portal ShowBiz Spy.

Ricky yang terkenal dengan lagu She Bangs itu dikhabarkan masih berbincang dengan pihak produse program tersebut dan jika semuanya berjalan lancar, dia akan memulakan penggambaran pada Januari 2012.

Menurut sumber terdekat penyanyi itu, dia akan memegang peranan sebagai seorang guru dari Sepanyol yang mengajar di sekolah itu.

Dalam pada itu, Ricky dikatakan bukan sahaja bintang yang bakal muncul dalam siri itu, tetapi juga Anne Hathaway dan Gwyneth Paltrow yang pernah muncul sebagai watak undangan dalam siri popular itu.

Artikel Berikut

Capital FM Mula Ke Udara Hari Ini

Artikel Lain