Capital FM Mula Ke Udara Hari Ini - Hiburan | mStar

Capital FM Mula Ke Udara Hari Ini

Wajah penyampai Capital FM ketika majlis pelancaran stesen radio itu di pejabat Capital FM, Menara Pejabat Tropicana City, Petaling Jaya, Rabu. - Foto ONG SOON HIN
Wajah penyampai Capital FM ketika majlis pelancaran stesen radio itu di pejabat Capital FM, Menara Pejabat Tropicana City, Petaling Jaya, Rabu. - Foto ONG SOON HIN

PETALING JAYA: Stesen radio untuk wanita urban, Capital FM bakal ke udara secara rasmi pada hari ini (1 Disember) menerusi frekuensi 88.9 di seluruh Lembah Klang, Bidor, Sungkai, Tanjong Malim, Kuala Lumpur, Klang, Petaling Jaya, Cyberjaya, Nilai dan sebahagian tempat di Seremban.

Program yang mula bersiaran seawal 6 pagi itu membabitkan penyampai di kalangan selebriti popular dalam membincangkan topik dan kandungan yang menonjolkan dunia sebenar wanita.

“Tujuan utama kami menubuhkan stesen radio ini untuk memberikan wanita hak untuk bersuara dalam media.

“Kami berusaha untuk menyediakan maklumat yang relevan dan semasa di kalangan wanita moden dan tidak pernah diberikan oleh stesen lain,” kata Timbalan Ketua Penyiaran Kumpulan Star Radio, Tan Chong Kheng di sidang media melancarkan Capital FM di pejabat Capital FM, di sini, Rabu.

Capital FM membariskan penyampai-penyampai popular dan ternama seperti Asha Gill, Joanne Kam, Xandria Ooi, Patricia K, Sheela Haran, April Kuan, Joey G dan Liang.

Joanne Kam dan Joey G akan bergandingan untuk segmen Talk of the Town dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi, Asha Gill (Eat, Love, Play/ 10 pagi-1 petang), Patricia K (My City/ 1 petang-4 petang), Xandria Ooi & Liang (The Jam Break/ 4 petang-8 malam), Sheela Haran (Groovedown/ 8 malam-12 pagi) dan April Kuan (Saturday Global Passport/ 10 pagi-2 petang & Sunday Jazzscapes/ 2 petang-6 petang).

Pada setiap bulan, seorang penyampai jemputan akan turut sama ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi. Untuk Disember ini, pelakon Tony Eusoff akan menjadi penyampai jemputan stesen radio itu.

Stesen radio ini disasarkan kepada wanita urban yang berumur 25 hingga 35 tahun dengan tagline Women- The New Capital.

Stesen radio ini adalah milik Kumpulan The Star.

Artikel Sebelum

Siti Nurhaliza Dedah Rahsia Sendiri

Artikel Berikut

Demi Moore Ada Kekasih Baru?

Artikel Berkaitan

default image

'Gaduh Kerana Kata-Kata Kesat'- Awie

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain