suria

MonoloQue Ingin Gerak Pendengar Beli Album

MonoloQue muncul dengan album pertama pada 21 November lalu.
MonoloQue muncul dengan album pertama pada 21 November lalu.
MonoloQue muncul dengan album pertama pada 21 November lalu.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Monoloque menjelaskan ingin mengembalikan kegemilangan penjualan album secara fizikal dikalangan pendengar di negara ini.

Vokalis utama kumpulan itu, Khairil Annuar Ridzwan Alias atau LoQue berkata, perasaan memiliki sebuah album berbeza dengan teknik memuat turun yang banyak digunakan pada hari ini.

"Memuat naik lagu dari internet adalah teknologi terkini tetapi ia tidak mempunyai jiwa berbanding dengan membeli album berbentuk fizikal kerana selain mendengar, pembeli boleh menghayati isi kandungan yang terdapat pada sesuatu album itu.

"Walaupun membeli album sudah tidak lagi dilihat sebagai relevan dalam dunia teknologi hari ini, tetapi kami berhasrat untuk mempopularkan kembali zaman kegemilangan itu," ujarnya.

Kumpulan Monoloque ditemui selepas majlis pelancaran album terbaru mereka berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke 21 Jejak Tanah di sini, baru-baru ini.

Ujarnya lagi, atas dasar tersebut mereka menggunakan khidmat pelukis Mohd Yussuf Shamsudin yang terkenal dengan teknik lukisan jerami padinya.

Loque berkata, lukisan seni Melayu klasik itu diabadikan sebagai penghias kulit album mereka yang bukan sahaja bersesuaian untuk konsep album mereka tetapi juga memartabatkan seni lukisan Melayu.

"Ini adalah antara perkara yang kami tonjolkan dalam album 'Jejak Tanah' sebagai salah satu cara untuk menarik minat pembeli membeli album," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain