suria

Maya Karin Gemar Cerita Romantik

Maya Karin.
Maya Karin.
Maya Karin.

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Maya Karin, 32, memberitahu dia gemar dan berasa selesa apabila diberi peranan berlakon dalam filem bergenre romantik.

Maya berkata, dia tidak mempunyai masalah apabila diminta membawakan watak sedemikian kerana sisi sensitif dan kewanitaannya memudahkan dia mendalami sesuatu karektor yang diberikan kepadanya.

"Sebagai seorang wanita yang mempunyai sifat sensitif dan romantik sudah tentu saya sukakan cerita yang bergenre cinta dan romantik dan atas dasar itu juga ia memudahkan saya apabila diminta melakonkan sesuatu watak dalam filem cinta," ujarnya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.

Pelakon yang popular menerusi filem Cun itu memberitahu, peluang membawa watak Izzah dalam filem Ombak Rindu arahan Osman Ali disambut baik kerana ia memberi peluang kepadanya untuk menerokai sisi lembut dalam dirinya.

"Ombak Rindu adalah sebuah filem cinta yang sarat dengan emosi dan melalui watak Izzah itu saya dapat belajar pelbagai sisi lain seorang wanita dan Alhamdulilah saya berjaya melakukannya dan berharap penonton akan menyukai lakonan saya," katanya.

Maya berkata, novel asal tulisan Fauziah Ashari itu juga telah banyak membantunya mendalami watak Izzah selepas membacanya lebih lapan tahun lalu.

"Ombak Rindu adalah novel Melayu pertama yang saya baca lebih kurang lapan tahun lalu dan ia jugak telah banyak memberi input kepada saya untuk mendalami watak Izah," ujarnya.

Sementara itu, Maya berkata dia senang bekerja dengan Osman Ali kerana pengarah muda itu yakin dan tahu apa yang dimahukan dalam karyanya.

Selain Maya, filem yang akan ditayangkan pada 1 Disember ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Paralel.

Artikel Sebelum

Artikel Lain