suria

Daniel Radcliffe Kekalkan Status Selebriti Muda Terkaya

Daniel Radcliffe.
Daniel Radcliffe.
Daniel Radcliffe.

PELAKON filem Harry Potter, Daniel Radcliffe dinobatkan sebagai selebriti dibawah 30 tahun terkaya oleh majalah Heat sekaligus mempertahankan posisi yang disandangnya tahun lalu.

Manakala pelakon Robert Pattinson berada di kedudukan ketiga berbanding tempat kelima pada tahun sebelumnya dan berjaya mendahului dua rakan Daniel iaitu Emma Watson dan Rupert Grint.

Aktres Keira Knightley yang popular menerusi filem Pirates of the Caribbean berada di tempat kedua dalam carta itu sementara penyanyi muda, Adele tercatat sebagai pendatang baru dengan posisi tertinggi iaitu pada kedudukan yang ke-16.

Daniel yang baru berusia 22 tahun mempunyai kekayaan dianggarkan sebanyak AS$80 juta yang kebanyakannya hasil royalti daripada francais filem Harry Potter.

Manakala pendapatan Keira pula sebanyak AS$47.8 juta diikuti Robert AS$38.5 juta.

Antara nama yang terkeluar daripada carta tersebut adalah Katherine Jenkins dan model Kelly Broke yang telah melebihi had umur selain penyanyi Amy Winehouse yang telah meninggal dunia pada Julai lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain