JAKARTA: Setelah hubungan cinta pasangan selebriti Yuni Shara dan Raffi Ahmad berakhir, kini Raffi dikatakan sedang bercinta dengan artis muda, Gita Sinaga.Dalam satu temubual dalam sebuah rancangan televisyen, Gita juga mengakui hal tersebut namun hanya di dalam drama terbarunya berjudul 14 Hari Anak Band atau Pak Guru. "Ceritanya, saya dan Raffi akan bercinta dimana kami berasal dari kampung yang sama. Namun hubungan terputus setelah Raffi ke Jakarta menjadi artis," katanya seperti dipetik DetikHot.com.Gita memainkan peranan sebagai Poppy yang bercinta dengan Juned lakonan Raffi.Dalam pada itu, Gita yang berketurunan Batak itu mengakui berhasrat beraksi di filem namun belum berkesempatan.