suria

MLM: Kumpulan Hiro Tersingkir Minggu Ke Lima

Kumpulan Hiro terpaksa akur dengan keputusan penyingkiran MLM. Foto RICKY LAI
Kumpulan Hiro terpaksa akur dengan keputusan penyingkiran MLM. Foto RICKY LAI
Kumpulan Hiro terpaksa akur dengan keputusan penyingkiran MLM. Foto RICKY LAI

SHAH ALAM: Kumpulan Hiro tersingkir pada program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu ke lima yang berlangsung pada malam Jumaat di sini.

Kumpulan Hiro yang dianggotai oleh Ropie, Iliya dan Hamdan tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 37 peratus.

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Saehu dari Indonesia (42 peratus) dan peserta tunggal solo, Adlin Aman Ramli (42 peratus).

Pada konsert minngu ke lima itu, para peserta telah diberi tema bertajuk Purba Kala.

Dalam pada itu, persembahan pada malam itu diungguli oleh kumpulan Boboi (64 peratus), 3G (56 peratus), Pimai (56 peratus), Osbon (52 peratus), Syok (45 peratus), Bawel (45 peratus) dan Bawal Power (42 peratus).

Sementara itu, juri tetap MLM, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkata persembahan semua peserta pada minggu ini sedikit menurun berbanding minggu sebelumnya.

Ujar Chef Wan, peserta terlalu banyak menumpukan pada kostum dan persembahan tanpa menitikberatkan soal pengisian lawak yang ingin disampaikan.

"Isi cerita adalah penting dan malangnya semua peserta pada malam ini terlalu menumpukan pada konsep dan kostum," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain