suria

SimplySiti Kumpul Dana Bantu Pesakit Jantung

Siti Nurhaliza bersama dua orang kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung.
Siti Nurhaliza bersama dua orang kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung.
Siti Nurhaliza bersama dua orang kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung.

PUTRAJAYA: Produk kosmetik milik penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu SimplySiti bakal mengadakan Kempen SimplySiti Di Hati pada 1 Disember hingga 15 Januari depan.

Kempen tersebut bertujuan mengumpul dana membantu dua orang kanak-kanak iaitu Siti Nur Syahira, 6, dan Tan Jia Yong, 3 tahun yang menghidap penyakit jantung.

Menurut pemilik SimplySiti, Datuk Siti Nurhaliza, setiap pembelian keatas produk tersebut akan menyumbang kepada dana tersebut yang akan disalurkan kepada Institut Jantung Negara (IJN).

"Kita sedar tentang tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan, biarpun SimplySiti baru saja berusia setahun lebih.

"Kita telah memilih dua orang kanak-kanak yang memerlukan bantuan dalam masa terdekat ini," katanya yang menyasarkan sebanyak RM 70,000 sebagai rawatan perubatan," katanya.

Siti ditemui pada majlis pelancaran Kempen SimplySiti yang diadakan di Putrajaya Marriott Hotel & Spa, di sini, Selasa.

Bagi kempen tersebut, Siti akan turun padang menjadi Perunding Kecantikan ke cawangan SimplySiti di Watson's terpilih.

"Saya akan bersama pengguna SimplySiti selama lebih kurang satu jam setengah di beberapa cawangan terpilih bermula di Terengganu,

"Selain menderma pengguna juga berpeluang memenangi 20 tiket penerbangan AirAsia X dan baucer penginapan di Putrajaya Marriott hotel & spa," katanya.

Dengan pembelian RM100 keatas, sebanyak RM5 akan disalurkan kedalam tabung dana tersebut. Pelanggan hanya perlu mengisi borang dengan slogan "SimplySiti dihatiku kerana....".

Borang tersebut harus disertakan bersama resit pembelian dan dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di seluruh Watson's.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain