Syamsul Harap Kemenangannya Bawa Kebaikan - Hiburan | mStar

Syamsul Harap Kemenangannya Bawa Kebaikan

Syamsul Yusof
Syamsul Yusof

PUTRAJAYA: Pemenang anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia 24, Syamsul Yusof, 26, menerusi filem KL Gangster, berharap kemenangannya akan memberi kebaikan kepada industri filem tempatan.

Jelasnya, dia berharap filem-filemnya bukan sahaja dapat membantu perkembangan dunia perfileman tanah air malah memberi mesej yang baik kepada masyarakat.

"Sebelum datang ke sini, saya berdoa jika saya menang biarlah kemenangan saya ini memberi manfaat pada industri, jika tidak, biarlah saya tidak menang.

"Saya tidak berharap kemenangan kerana pada saya sudah tercalon itu sudah cukup baik," ujarnya ketika ditemui di selepas majlis Festival Filem Malaysia 24, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, Ahad.

Tambah Syamsul, kemenangan tersebut juga ditujukan kepada bapanya Datuk Yusof Haslam yang banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan selama ini.

"Saya berterima kasih kepada ayah kerana mengajar saya dari kecil tentang filem dan sekarang baru saya faham apa yang dia maksudkan dulu.

"Saya faham kenapa dulu ayah sering tidak puas hati walaupun saya sudah buat yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, dia berkata kemenangan tersebut turut dibantu oleh orang yang berada sekelilingnya selama ini.

"Kemenangan ini bukan saya seorang tetapi semua orang yang berada di sesi yang dan banyak membantu saya membuat sesebuh filem," katanya.

Syamsul memenangi dua kategori menerusi filem KL Gangster iaitu Pengarah Terbaik dan Penyunting Terbaik, manakala filem tersebut mengondol enam anugerah keseluruhan termasuk Penataan Bunyi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, dan filem Box-Office Terbaik.

Sementara itu, Yusri Abdul Halim menganggap, penggunaan teknik pengimejan berkomputer (CGI) dalam filem arahannya, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) membuatka filem terbitan KRU Studios itu dinobatkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia 24.

"Saya bersyukur dengan kejayaan ini dan percaya setiap filem yang tercalon mempunyai kehebatan masing-masing.

"Rasanya, HMM dinobatkan sebagai filem terbaik pun kerana penggunaan teknikal yang dibikin dalam filem itu," katanya.

Selain Filem Terbaik, HMM berjaya merangkul lapan anugerah daripada 12 pencalonan yang antaranya ialah Skor Muzik Asal Terbaik (Edry Abdul Halim), Pereka Kostum Terbaik (Rosada Abdul Hamid), Sinematografi Terbaik (Mohd Noor Mohd Kassim) dan Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin/Kek Ting Lim).

Dalam pada itu, tambah Yusri, Syamsul sememangnya layak dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem KL Gangster dan percaya setiap kemenangan yang diperoleh menunjukkan pergerakan industri perfileman tempatan yang semakin maju.

Ditanya adakah Syamsul kini merupakan pesaing Yusri dalam industri perfileman, kata pengarah itu:

"Saya tahu, anugerah Pengarah Terbaik langsung tidak layak untuk saya dan tidak wujud siapa pesaing siapa dalam kamus kerja kami.

"Cuma, untuk masa akan datang, saya akan memperbaiki mana-mana kelemahan diri agar filem yang dihasilkan itu lebih berkualiti bukan sahaja dari segi teknikal sahaja tetapi juga jalan ceritanya juga," ujarnya.

Artikel Sebelum

Shoffi Jikan Berlakon Sampai Pengsan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

RIM Perketat Syarat Kelayakan AIM

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain