suria

Shira Belum Buat Keputusan Tinggalkan Suria FM

PETALING JAYA: Dua bulan lagi genap setahun penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau Shira (gambar) mengendalikan program Breakfast @ Suria pada setiap Isnin hingga Jumaat mulai 5 hingga 10 pagi.

Bagaimanapun, dia belum memikirkan keputusan untuk meninggalkan stesen radio itu biarpun terdapat desas-desus mengatakan dia akan berbuat demikian.

“Saya belum membuat apa-apa keputusan dan semuanya bergantung kepada keadaan.

“Buat masa ini saya masih lagi deejay Suria dan akan memulakan tugas pad Isnin ini seperti biasa selepas bercuti rehat beberapa hari,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Namun Shira tidak menolak kemungkinan yang dia bakal meninggalkan Suria. Semuanya bergantung kepada pihak pengurusan Suria sama ada mahu menyambung kontraknya atau tidak.

“Ikutkan saya suka bekerja di situ dan tidak mempunyai masalah. Cuma saya agak penat dan mengantuk apabila perlu berkejar-kejar untuk melaksanakan tugasan pada waktu awal pagi.

“Anak saya semakin membesar dan saya perlu memikirkan mereka dan keluarga. Saya kasihankan mereka. Tetapi semuanya bergantung kepada budi bicara pihak atasan.

“Saya bukanlah seorang diva yang sesuka hati hendak membuat keputusan. Saya rasa jika saya tidak berada di situ pun tidak mengapa kerana ramai lagi yang bagus daripada saya.

“Bukan saya yang menaikkan nama Suria dan saya tidak pernah merasakan saya memasuki stesen radio itu untuk menumpang nama Suria,” jelasnya panjang lebar.

Shira memulakan kariernya secara rasmi di Suria pada 31 Januari tahun ini dan bergandingan dengan Zizi dan Halim Othman dalam program Breakfast @ Suria.

Artikel Sebelum

Zed Zaidi Jadi Penerbit Filem

Artikel Berikut

Artikel Lain