suria

ntv7 Siarkan Glee Musim ke-2

Glee musim kedua bakal mucul di ntv7
Glee musim kedua bakal mucul di ntv7
Glee musim kedua bakal mucul di ntv7

PETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 bakal menyiarkan drama komedi muzikal popular, Glee musim kedua mulai 12 November ini, pukul 11 malam.

Drama ini berjaya memperoleh pengiktirafan Pertubuhan Akademi Seni Televisyen dan Sains dengan mendapat pencalonan dalam semua kategori utama termasuk Siri Komedi Paling Menyerlah, Arahan Terbaik Siri Komedi, dan Penulisan Terbaik Siri Komedi.

Selain itu, Glee juga mendapat pengiktirafan individu dalam kategori Siri Komedi untuk Matthew Morrison sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Lea Michele sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Chris Colfer sebagai Pelakon Lelaki Sampingan Terbaik, dan Jane Lynch sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di dalam Siri Komedi.

Selebum ini, pada musim pertamanya, Glee diberi penghormatan Anugerah Peabody; Anugerah Golden Globe untuk Drama Siri Televisyen Terbaik, Komedi atau Muzik; Anugerah Screen Actors Guild untuk Prestasi Cemerlang oleh para pelakon dalam sebuah siri komedi; dan Anugerah People’s Choice untuk Komedi TV Baru Pilihan.

Drama Glee diterbitkan oleh Ryan Murphy Television serta usaha sama dengan Twentieth Century Fox Television.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan terbaru kami di Facebook dan Twitter ntv7.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anzalna Akui Sudah Ada Kekasih

Artikel Lain