suria

Lebih 2000 Penonton Banjiri Konsert Whitesnake

David Coverdale
David Coverdale
David Coverdale

BUKIT JALIL: Lebih 2000 penonton membanjiri Stadium Tertutup Bukit Jalil menyaksikan Konsert Whitesnake Forever More World 2011 Tour Live In Kuala Lumpur, di sini, Ahad.

Kumpulan Whitesnake yang popular pada era 1970-an dan 1980-an merupakan pertama kali mengadakan persembahan di Malaysia.

Konsert tersebut turt diserikan oleh Ratu Rack Malaysia Ella sebagai pembuka terai dengan menyanyikan beberapa buah lagu popularnya lebih kurang 30 minit sebelum Whitesnake mengambil alih pentas.

Manakala tepat jam 9 malam, kumpulan yang diketuai oleh David Coverdale menggegarkan pentas dengan lagu pertama mereka Here I Go Again.

Lebih menghiburkan apabila penonton-penonton yang hadir turut bersama-sama menyanyikan lagu-lagu popular kumpulan tersebut sambil bangun dan memberi reaksi sepanjang persembahan.

Whitesnake menyanyikan lebih 20 buah lagu yang terdapat dalam 11 buah albumnya termasuk album terbaru Forever More.

Konsert berskala besar itu dibawa oleh JS Concert Productions dengan tiket berharga RM358, RM258, RM158 dan RM98.

Artikel Berikut

Demi Moore Serang Paparazzi

Artikel Lain