suria

Syahrini Duet Dengan Rhoma Irama Untuk Bapa

Syahrini.
Syahrini.
Syahrini.

JAKARTA: Penyanyi Syahrini memberitahu berbangga dapat berduet dengan penyanyi dangdut Rhoma Irama pada satu persembahan di Studio MNCTV di sini kelmarin.

Syahrini berkata, kolaborasi itu adalah peluang yang sentiasa dinanti-nantikan olehnya kerana memang meminati penyanyi lagenda itu.

"Kolaborasi dengan Rhoma adalah sesuatu yang saya tunggu-tunggu selama ini," ujarnya ketika ditemui selepas selesai membuat persembahan dengan Rhoma.

Syahrini memberitahu dia sudah mengenali Rhoma sejak kecil kerana bapanya sangat menggemari penyanyi itu.

Malah pada malam itu, Syahrini mendendangkan lagu kegemaran arwah bapanya.

"Bapa saya cukup meminati Rhoma dan peluang berduet dengannya adalah sebagai sebuah hadiah buat arwah bapa saya," ujarnya.

Artikel Lain