suria

Ridho Irama Damba Wanita Seperti Preity Zinta

JAKARTA: Penyanyi dan pelakon Ridho Irama mengaku meminati dan ingin mempunyai kekasih seperti bintang filem Bollywood, Preity Zinta.

Katanya, Preity bukan sahaja cantik dan mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan malah mempunyai karisma tersendiri.

"Saya dambakan perempuan seperti dia (Priety Zinta) dia seorang yang sangat sempurna di mata lelaki seperti saya.

"Dia sanggup meninggalkan dunia lakonan kerana ingin menyambung pelajaran, dia seorang yang sangat sensitif dengan isu semasa dan mengikuti kempen-kempen kemanusiaan, bagi saya dia cukup sempurna," katanya seperti dipetik DetikHot.com.

Anak penyanyi veteran Rhoma Irama ini menganggap impiannya untuk menjadikan Priety Zinta sebagai kekasih hatinya adalah tidak mustahil.

"Tidak ada perkara yang tidak mungkin didunia ni," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain