suria

Skarf Di Mikrofon Imej Awi Rafael

Awi Rafael
Awi Rafael
Awi Rafael

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang popular dengan lagu Pulanglah, Awi Rafael mengaku mempunyai lebih 20 helai skarf untuk diikat pada tiang mikrofon ketika mengadakan persembahan.

Awi berkata, kemunculannya dengan skarf yang diikat pada tiang mikrofon itu adalah sebagai salah satu simbol dan gayanya ketika berada di pentas.

"Ketika mula bergelar penyanyi, saya tercari-cari satu gaya atau imej yang orang boleh ingat.

"Kebetulan saya gemarkan skarf, jadi saya gunakannya sebagai salah satu benda wajib ketika membuat persembahan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaru kumpulan Coldplay di sini, minggu lalu.

Dalam pada itu, Awi berkata, selain skarf, dia juga gemar menggunakan mikrofon dari jenis boxing mic.

Ujarnya, mikrofon itu ditaja Sineflux, iaitu sebuah syarikat yang menjual pelbagai barangan kelengkapan pentas seperti mikrofon, alatan muzik dan pembesar suara.

"Saya membawa ke mana-mana sahaja mikrofon itu. Bukan kerana tidak sudi menggunakan mikrofon disediakan oleh pihak penganjur tetapi boxing mic adalah imej saya.

Dalam perkembangan lain, Awi memberitahu, dia sedang sibuk mempromosikan album sulungnya di Malaysia dan Singapura selain sedang menyiapkan beberapa buah lagu untuk artis tempatan yang meminta khidmatnya.

"Saya rasa terharu apabila ada beberapa artis yang datang berjumpa saya meminta hasilkan lagu buat mereka dan setakat ini lagu untuk Hazama dan Ika Mentor telah pun siap untuk mereka," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain