suria

Mariah Carey Mahu Perkenalkan Anak Kembar

Pihak ABC mengeluarkan gambar Mariah dan Nick memegang kembar mereka sebagai salah satu promosi untuk program 20/20 bersama Barbara Walters pada Jumaat. Foto dipetik daripada www.mariahdaily.com

SELEPAS enam bulan melahirkan bayi kembarnya, diva terkenal, Mariah Carey akhirnya mahu memperkenalkan anaknya kepada dunia.

Mariah dan suami, Nick Cannon telah menjemput Barbara Walters ke kediaman mereka di New York untuk satu temu bual khas untuk program 20/20.

Bakal disiarkan pada 21 Oktober ini di saluran ABC di Amerika, selain bercakap mengenai pengalaman mengandungkan Monroe dan Moroccan, perkahwinan dan kehidupan sebagai selebriti, Mariah juga akan memperkenalkan kembarnya dalam program itu.

Ia akan menjadi kemunculan pertama anak kepada penyanyi yang popular dengan lagu We Belong Together itu.

Monroe dan Moroccan dilahirkan secara pembedahan pada 30 April lalu pada hari ulang tahun perkahwinan pasangan tersebut yang ke tiga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain