suria

Narmi Sertai 'What Women Want' Musim Terbaharu

Imran kini mahu dikenali sebagai Narmi. Foto THE STAR Oleh NORMAN HIU.
Imran kini mahu dikenali sebagai Narmi. Foto THE STAR Oleh NORMAN HIU.
Imran kini mahu dikenali sebagai Narmi. Foto THE STAR Oleh NORMAN HIU.

CYBERJAYA: Pemain dram kumpulan One Buck Short (OBS), Narmi bakal muncul dalam musim terbaru program realiti What Women Want yang akan memulakan siaran pada awal tahun depan.

Narmi atau nama sebenarnya, Imran Fadzil Ishak, 27, memberitahu keputusan menyertai program itu adalah untuk memperkenalkan dirinya yang bakal tampil dengan projek solo.

"Bersama OBS saya tidak begitu dikenali kerana hanya sebagai pemain dram, jadi melalui program ini ia merupakan platform terbaik untuk saya memperkenalkan diri kepada peminat.

"Selain itu saya ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup saya dan menyertai program ini adalah sesuatu yang membuatkan saya teruja," ujarnya yang ditemui selepas pelancaran program Take Me Out di KRU Studios di sini pada Isnin.

Narmi memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani rakaman untuk program What Women Want yang memakan masa selama tiga bulan.

"Pihak produksi merakamkan aktiviti saya setiap hari selama tiga bulan dan diekori setiap masa. Ia adalah pelik tetapi memberikan pengalaman baru buat saya," ujarnya.

Bakal tampil dengan single solo pertamanya pada Januari depan, Narmi sebelum ini dikenali dengan nama Imran memberitahu, konsep yang bakal dipilih nanti berbeza dengan kemunculan bersama kumpulannya.

"Saya masih bersama kumpulan saya dan ini hanyalah projek solo kerana ingin mencuba sesuatu yang baru selain melangkah ke fasa baru dalam hidup saya.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan OBS, Narmi memberitahu mereka baru sahaja melancarkan album terbaru berjudul Kampung Glam pada 8 Oktober lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain