Artis Kurang Senang Ramalan Buruk 'Uncle Seekers' - Hiburan | mStar

Artis Kurang Senang Ramalan Buruk 'Uncle Seekers'

PETALING JAYA: Beberapa orang artis melahirkan rasa kurang senang apabila masa depan mereka dikatakan akan terjadi perkara tidak baik termasuklah penceraian, meninggal dunia dan kegagalan dalam kerjaya.

Kebanyakan mereka menganggap ramalan yang dibuat oleh pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Seekers' menerusi laman blognya adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai.

Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.

"Andai kata benarlah dia (Uncle Seekers) mempunyai kebolehan meramal masa depan orang, rasanya dia tidak patut mendedahkannya dalam blog.

"Tambahan pula ia merupakan isu yang sangat sensitif. Kenapa perlu menceritakan kepada umum tentang ramalan yang karut itu?" soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Selain Marsha, antara selebriti yang juga 'terkena' dengan ramalan Uncle Seekers ialah, Rabecca Nur Al-Islam, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.

Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun.

"Dia tiada hak untuk meramal masa depan saya lebih-lebih lagi saya tidak pernah mengenalinya.

"Bagi saya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui tentang masa depan kita dan tidak perlulah dia ingin menceritakan kisah ramalan karut itu dalam blognya.

"Tambah pula, siapa dia yang hendak meramal tentang rumah tangga saya? Setakat ini, Alhamdulillah, kehidupan saya bersama suami bahagia," ujar Rabecca dengan nada kesal.

Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap gara-gara dikaitkan dengan isu seks (Uncle Seekers tidak menjelaskan secara terperinci) pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.

“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Sebelum ini orang dah cakap saya macam-macam tentang isu Hantu Bonceng,” katanya yang tidak mempercayai berhubung ramalan masa depan.

Pakar paranormal itu juga pernah membuat ramalan mengenai kematian Datuk Ahmad Jais dan ramai yang terkejut apabila hal tersebut benar-benar berlaku seperti yang diramalkan.

Sementara itu, Uncle Seekers yang dihubungi menganggap ramalan yang ditulis dalam blog miliknya itu bukan ingin mencari publisiti murahan tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan pengikut blognya itu.

"Saya cuma bermimpi dan apa yang berlaku dalam mimpi itu dikongsi dalam blog. Lagipun itu sekadar ramalan, kenapa perlu gusar?

"Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?

"Saya sedar, diri ini bukanlah seorang bomoh. Rasanya tidak salah untuk kita memberitahu apa yang berlaku dalam mimpi kita," tegasnya.

* Gambar dipetik daripada blog milik Uncle Seekers, http://uncleseekers.blogspot.com/

Artikel Sebelum

Alif Satar Terima Dilabel Ikon Kanak-Kanak

Artikel Berikut

Awie Minta Tidak Dilabel Gengster Melayu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain