suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hugh Jackman Puji Kejelitaan Aishwarya Rai

Hugh jackman
Hugh jackman
Hugh jackman

AKTOR popular Hollywood, Hugh Jackman mengatakan dia begitu terpesona dengan kejelitaan yang dimiliki oleh aktres Bollywood, Aishwarya Rai.

Hugh yang sedang membuat promosi filem terbarunya, Reel Steel di negara itu berkata, Aishwarya memiliki kecantikan wajah yang termasuklah juga dengan aktres Bollywood yang lain.

"Selain sibuk dengan promosi filem Reel Steel, saya telah bertemu dengan beberapa pelakon Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Vidya Balan dan Aishwarya Rai.

"Shah Rukh dan Vidya seorang penggiat seni yang hebat. Apa-apa pun, saya harus memuji kecantikan Aishwarya. Dia sungguh jelita," katanya kepada portal Apunkachoice.

Tambahnya, selain dia gemar menonton filem-filem Bollywood, dia juga kagum dengan negara itu yang penuh dengan kesenian.

Sementara itu, bercerita mengenai filem terbaru itu, ia mengisahkan mengenai robot-robot askar yang menggantikan manusia. Dalam filem tersebut, Hugh memegang watak Charlie Kenton.

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia