suria

Penyertaan 'Golden Awards 2012' Dibuka Sehingga 20 Januari Depan

Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Golden Award 2010 iaitu iaitu Melvin Sia dan Yann Yann.
Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Golden Award 2010 iaitu iaitu Melvin Sia dan Yann Yann.
Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Golden Award 2010 iaitu iaitu Melvin Sia dan Yann Yann.

KUALA LUMPUR: Anugerah yang mengiktiraf industri penerbitan televisyen Cina di negara ini iaitu Golden Awards 2012 bakal dianjurkan pada 22 September 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Justeru, acara yang diajurkan oleh stesen televisyen ntv7 itu membuka peluang kepada semua produksi dan stesen televisyen yang menerbitkan program berbahasa Cina agar menghantar penyertaan mereka sebelum 20 Januari depan.

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul berkata, pada tahun ini terdapat penambahan pencalonan iaitu sejumlah 22 anugerah akan dipertandingkan berbanding tahun lalu hanya sebanyak 19 anugerah.

"Kali ini semua anugerah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Drama, Bukan Drama dan Pilihan Penonton dan empat anugerah baru akan dipertandingkan.

"Oleh yang demikian kami berharap sokongan daripada produksi-produksi tempatan dan stesen televisyen lain untuk turut serta menghatar pencalonan," katanya ketika ditemui pada sidang media Golden Award 2012, di sini, Khamis.

Antara kategori yang baru dipertandingkan ialah Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Rancangan Perayaan Terbaik dan Pembaca Berita Paling Popular.

Tambah Airin, dengan adanya Golden Award ini ia mampu mengembangkan lagi industri hiburan Cina yang lebih berkualiti di Malaysia.

"Selepas penganjurannya pada kali pertama tahun lalu, kita dapat lihat perkembangan luar biasa industri hiburan Cina di sini.

"Kita tidak mahu hanya berpandukan drama-drama dan program daripada negara jiran sahaja sedangkan ramai tenaga dan bakat-bakat baru yang ada di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, kesemua pencalonan akan dihakimi oleh barisan juri profesional yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang tertentu.

Penyertaan yang layak terbuka kepada semua rancangan yang telah disiarkan antara 1 Oktober 2009 hingga 30 September 2011.

Proses penilaian penuh akan diumumkan pada Julai depan dengan menyenaraikan sebanyak lima pencalonan terbaik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain