suria

Nicole Scherzinger & Lewis Hamilton Takut Dapat Anak

PASANGAN Nicole Scherzinger dan Lewis Hamilton enggan berkahwin dalam masa terdekat kerana bimbang memiliki anak.

Hamilton takut jika kerjayanya sebagai pelumba kereta F1 terjejas kerana kehadiran anak dalam keluarga yang dibinanya.

"Saya masih muda dan misi saya dalam karier belum tercapai. Hal perkahwinan masih lagi jauh dalam fikiran saya," katanya dalam portal Daily Mail, Rabu.

Difahamkan, Hamilton telah pun bertunang dengan Nicole pada Julai lalu ketika mereka sedang bercuti di sebuah lokasi menaiki kapal layar.

Nampaknya, bekas anggota kumpulan Pussycat Dolls itu terpaksa bersabar menantikan lamaran pelumba kacak itu.

Kata Hamilton lagi, dia tidak mahu anaknya dibesarkan tanpa dia di sisi kerana sibuk dengan perlumbaan yang disertai.

"Saya tak mahu mengambil risiko melalui kerjaya saya ini kerana ingin memastikan untuk berada di samping anak, melihat dia membesar di depan mata," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain