Bantu Wartawan : Artis Lelong Barang Di NSTP Hari Ini - Hiburan | mStar

Bantu Wartawan : Artis Lelong Barang Di NSTP Hari Ini

Fahrin Ahmad
Fahrin Ahmad

PETALING JAYA: Barisan artis-artis popular tanah air akan berhimpun untuk melelong barangan peribadi masing-masing bagi membantu Amir Shah Osman, 54, iaitu suami kepada wartawan hiburan Harian Metro, RamlahZainal yang menghidap penyakit hati.

Majlis yang berkonsepkan “berhibur sambil beramal” itu akan diadakan di ruang legar syarikat akhbar New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) Jalan Riong, Bangsar, dekat sini bermula pukul 12 tengah hari sehingga 7 malam, pada Sabtu.

Jurucakap pihak NSTP berkata, selain lelongan, para artis yang terlibat akan juga membuat persembahan bagi menghiburkan orang ramai.

“Dianggarkan hampir 50 orang artis sudah mengesahkan kehadiran mereka dan kami amat berharap kepada orang ramai yang berhasrat memiliki barangan peribadi milik para artis bolehlah datang untuk mendapatkannya. Selain itu tujuan utama majlis ini ialah bagi membantu individu yang dalam kesusahan,” katanya.

Antara artis yang dijangka hadir untuk acara itu ialah Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Fasha Sandha, Alyah, Yana Shamsudin, Eja dan Fahrin Ahmad.

Turut mengesahkan kehadiran ialah Ainul Aishah, Aizat, Diddy Hirdy, Ana Raffali dan Fizo Omar. Sementara pelakon Didie Alias dan Along (Raja Lawak) akan menggamatkan suasana sebagai pengacara majlis.

Jurucakap itu berkata, Amir Shah memerlukan peruntukan kewangan lebih RM100,00 bagi tujuan pemindahan hati yang perlu dilakukan di India dalam waktu terdekat.

Tambahnya bekas pekerja sebuah hotel itu menghidap penyakit berkenaan pada tahap yang amat serius selain anak tunggal pasangan tersebut iaitu Nur Lovelyana, 5, turut disyaki mengalami jangkitan paru-paru.

Katanya, dengan adanya bantuan daripada semua pihak termasuk para artis, beban yang ditanggung Ramlah dan suaminya dapat dikurangkan.

“Kami amat berharap semua pihak dapat datang untuk menjayakan majlis ini. Tidak salah kita menolong orang. Mungkin hari ini hari dia, esok hari kita pula,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Eira Syazira Sah Jadi Isteri Azad Jazmin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal