suria

Anak Perempuan Linda Jasmine Sudah Pandai Bersolek

Linda Jasmine menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah mertuanya di Kulai, Johor. - Foto MUHAMMAD ZULFADHLI
Linda Jasmine menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah mertuanya di Kulai, Johor. - Foto MUHAMMAD ZULFADHLI
Linda Jasmine menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah mertuanya di Kulai, Johor. - Foto MUHAMMAD ZULFADHLI

PETALING JAYA: Anak perempuan pelakon Que Haidar dan koreografer Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu Haidar, 2, sudah pandai melaram dan menari seperti ibunya.

Linda berkata Ratu selalu menggunakan alat solek milik dia dan mengenakan solekan sendiri tanpa bantuan orang lain.

“Dia suka bersolek dan pantang melihat orang lain bersolek, pasti dia akan menyibuk dan minta untuk dimekapkan,” kata Linda mengenai telatah Ratu yang semakin membesar.

Tambahnya: “Dia juga sudah pandai menari memandangkan dia selalu mengikut dan menonton saya menari.”

Pada Hari Raya Aidilfitri ini, Linda membawa keluarganya pulang ke kampung Que di Felda Taib Andak, Kulai, Johor selama enam hari.

“Selain kami anak-beranak, saya juga membawa kedua ibu bapa saya ke sana untuk sama-sama meraikan hari raya ini.

“Kami pulang ke sana tiga hari sebelum Hari Raya sehingga Hari Raya ketiga. Selepas itu, kami akan sambung beraya di Kuala Lumpur,” katanya.

Selain bersemangat untuk pulang beraya ke rumah mertua, memandangkan tahun lalu mereka tidak sempat beraya bersama-sama, Linda turut menceritakan semangatnya membeli baju raya anak-anak.

“Saya rasa tahun ini baju kurung dan kebaya Ratu paling banyak sehingga mencecah 20 pasang. Saya juga membeli banyak baju Melayu untuk Qalif.

“Mungkin sebab terlalu bersemangat untuk beraya, jadi saya tidak sedar yang pakaian mereka sudah banyak,” kata Linda lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain