suria

Lindsay Lohan Saman Pitbull

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

LONDON: Penyanyi Lindsay Lohan dilaporkan telah memfailkan saman terhadap penyanyi Pitbull kerana mempersendakannya dalam lirik lagu Give Me Everything yang menampilkan penyanyi Ne-Yo, Nayer dan DJ Afrojack.

Menurut laporan dailystar.co.uk, dalam lagu yang ditulis bersama dengan Ne-yo itu, Pitbull menyanyikan bait-bait lirik yang berbunyi: "Wahai pengecong sekalian sila ke tepi, aku berjalan terjengket-jengket, terus bergerak, aku dipenjarakan seperti Lindsay Lohan" sehingga menimbulkan kemarahan Lohan.

Saman tersebut menyatakan: "Memandangkan lirik lagu berkenaan menarik perhatian umum dan secara meluas, justeru itu sebarang bentuk pengutukan, memperlekeh atau pernyataan fitnah mengenai plaintif adalah dianggap sebagai menjejaskan reputasi dan nama plaintif."

Saman itu menuntut injuksi untuk memberhentikan penyiaran lagu berkenaan dan juga sejumlah wang tuntutan yang enggan didedahkan jumlahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain