Fedtri Yahya Masih Sedih Isteri Keguguran - Hiburan | mStar

Fedtri Yahya Masih Sedih Isteri Keguguran

PETALING JAYA: Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, mengakui masih berasa sedih selepas isterinya Nurul Anati Ismail, 26 mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.

Peristiwa itu berlaku selepas kedua mereka pulang daripada berbulan madu di Korea.

Kata Fedtri, keguguran kandungan yang baru berusia lima minggu itu berkemungkinan disebabkan isterinya terlalu banyak bergerak ketika mereka berada di sana selama empat hari.

“Sebelum pergi berbulan madu kami sudah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu, namun tiada apa-apa tanda positif yang dia mengandung.

“Setelah beberapa hari pulang kami buat pemeriksaan sendiri dan keputusannya positif, namun beberapa hari selepas itu berlaku pendarahan yang menyebabkan keguguran,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Raya TV3 dan TV9, di sini, Khamis.

Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Biarpun masih bersedih, namun Fedtri menerima kenyataan bahawa belum dikurniakan rezeki dan menganggap ada hikmah di sebalik keguguran tersebut.

“Siapa tak sedih, semasa mendapat tahu isteri mengandung, saya paling teruja namun saya faham bukan rezeki saya untuk menimang cahaya mata.

“Apa yang penting isteri saya selamat dan saya faham perasaan dia selepas keguguran lebih sedih berbanding saya,” ujarnya.

Tambah Fedtri selepas kejadian tersebut, dia beberapa hari menjaga isterinya di rumah.

“Saya tidak cuti tapi saya kerap pulang ke rumah untuk menjenguk dan masak untuk dia.

“Itu juga pengalaman yang sangat berharga kerana sebelum ini saya hanya jaga diri sendiri tetapi kini ada tanggungjawab menjaga orang lain pula,” katanya.

Dalam pada itu, bercerita kehidupan selepas berumah tangga, Fedtri mengakui dia lebih bahagia dan sering menghabiskan masa di rumah.

“Kehidupan saya hanya di pejabat dan rumah, jika tiada kerja saya duduk saja di rumah. Isteri saya seorang yang rajin memasak dan saya pula pemakan,” ujarnya berseloroh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Justin Bieber Dijadikan Nama Jalan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain