suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konsert Penghormatan Michael Jackson Dibarisi Penyanyi Hebat

Christina Aguilera
Christina Aguilera
Christina Aguilera

KONSERT penghormatan kepada mendiang raja pop, Michael Jackson bakal diadakan pada 8 Oktober ini dan seperti biasa, barisan penyanyi hebat akan bekerjasama membuat persembahan pada konsert tersebut.

Sebelum ini penyanyi Craig David menyatakan dia akan menyertai konsert yang diberi nama Michael Forever Tribute Concert. Malah beberapa nama penyanyi besar lain termasuklah Christina Aguilera dan Cee Lo Green.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bleeding Love, Leona Lewis, JLS, Alien Ant Farm turut akan mengisi acara konsert yang diadakan di Millenium Stadium, Cardiff.

Walaupun konsert tersebut tidak akan dihadiri oleh Randy dan abang Michael, Jermaine Jackson, yang menentang konsert penghormatan itu, hampir seluruh keluarga besar Micheal tetap akan hadir termasuklah ibu mendiang, Katherine Jackson, La Toya Jackson, Marlon, Jackie, dan Tito Jackson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain