suria

Rumah Amy Winehouse Jadi Rumah Perlindungan

LONDON: Rumah mendiang Amy Winehouse yang terletak di London akan dijadikan rumah perlindungan bagi membantu pemulihan ketagihan dadah.

Seperti dipetik femalefirst, bapa kepada penyanyi tersebut telah merancang untuk mendirikan rumah yayasan amal yang diberi nama Amy Winehouse Foundation.

"Yayasan ini bukan sahaja akan membantu mereka yang ketagihan dadah, malah anak-anak yang berada dalam kesusahan dan masalah kesihatan.

"Kami mahu memberi sesuatu yang positif kepada masyarakat dengan harta peninggalan Amy," ujarnya.

Seperti dilaporkan sebelum ini, keluarga telah merancang untuk menjual harta-harta peningalan Amy kecuali rumah tempat kematiannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain