suria

Selena Gomez Jarang Pakai Wangian Pemberian Justin Bieber

JIKA seorang wanita menerima set wangian daripada kekasih hati, mereka pasti akan memakainya setiap masa.

Lain pula dengan Selena Gomez, dia mengakui jarang memakai minyak wangi pemberian kekasihnya, Justin Bieber.

"Dia seorang yang sangat romantis dan baru-baru ini dia telah menghadiahkan saya minyak wangi. Tapi saya jarang memakainya.

"Bukannya tidak suka, cuma saya seorang yang suka memakai pelbagai jenis wangian dan antara kegemaran saya ialah “Summer of Love” daripada Anna Sui. Baunya sangat wangi," katanya.

Sementara itu, Selena menafikan bahawa dia dan Justin akan bercuti dalam masa terdekat ini.

Ini kerana, dia akan sibuk dengan projek konsert jelajah dan penggambaran filem.

"Kami tidak merancang untuk bercuti. Saya harus bekerja dan akan menjalani konsert jelajah sepanjang musim panas dan penggambaran filem," ujarnya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain