suria

Cincin Perkahwinan Robbie William Hilang

BUKANNYA tidak menghargai saat-saat indah pernikahannya bersama Ayda Field, tetapi penyanyi Robbie William terlalu cuai sehingga cincin perkahwinannya hilang tanpa dia sedar.

Robbie telah melangsungkan perkahwinannya pada Ogos tahun lalu di rumah mereka di Los Angeles dan isterinya juga terkejut apabila mendapat tahu tentang kehilangan cincin tersebut.

Bagaimanapun, Robbie sudah merancang untuk menggantikan cincin itu dan ia bukanlah sebentuk cincin yang baru sebaliknya dia ingin melukis tatu huruf 'A' pada jarinya itu.

"Saya telah menghilangkan cincin perkahwinan kami dan sebagai ganti, tatu huruf A (Ayda) mungkin sesuai di jari manisku.

"Sekurang-kurangnya tatu tersebut tidak akan hilang melainkan saya terkena cedera parah," seloroh Robbie menerusi laman blognya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain