suria

Lenny Kravitz Kongsi Pengalaman Dengan Anak

Lenny Kravitz
Lenny Kravitz
Lenny Kravitz

PENYANYI Amerika, Lenny Kravitz, 47, mengakui dia mempunyai hubungan akrab dengan anak perempuannya Zoe yang kini berusia 22 tahun.

Kata Lenny, dia begitu terbuka apabila berbicara dengan puteri hasil pernikahannya dahulu dengan bekas isteri, Lisa Bonet.

"Kami begitu rapat dan dia juga seperti sahabat karib saya. Malah saya jarang menyimpan rahsia dengannya dan setakat ini Zoe tahu perangai baik buruk saya.

"Dia belajar dan mendengar setiap masalah yang saya lalui dan melalui pengalaman yang saya ceritakan itu, dia jadikan sebagai pengajaran atau ikutan," kata Lenny.

Dalam pada itu, Zoe juga memiliki sebahagian daripada kostum-kostum yang pernah dipakai Lenny ketika membuat persembahan.

Artikel Berikut

Artikel Lain