suria

Kahwin Rahsia, Kim Kardashian Jemput 1,000 Tetamu

LOS ANGELES: Model Kim Kardashian telah mengundang 1,000 orang tetamu menghadiri majlis pernikahan dengan kekasihnya Kris Humphries.

Biarpun sudah menyatakan bakal bernikah pada musim panas ini, namun dia masih merahsiakan lokasi dan waktu majlis tersebut berlangsung.

Seperti dipetik femalefirst, Kim yang berusia 30 tahun itu bakal berkongsi kegembiraan apabila majlis tersebut akan disiarkan di salah sebuah program realiti televisyen.

Manakala satu sumber menyatakan bahawa pasangan ini masih belum mempunyai lokasi mengadakan majlis berkenaan biarpun sudah mengundang tetamu.

"Belum ada lokasi tetapi mereka sudah menjemput tetamu dan khabarnya pasangan ini akan bernikah di pantai dan diadakan dalam sebuah majlis besar.

"Kim mungkin ada memberitahu kepada tetamu-tetamu yang dijemputnya itu lokasi tersebut namun mungkin mereka turut berjanji untuk merahsiakan lokasi tersebut," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain