suria

Dokumentari Terbaik Menerusi Slot 'World Watch' Di TV1

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan slot World Watch yang bakal memaparkan siri dokumentari-dokumentari menarik setiap Isnin hingga Khamis, pukul 12.30 tengah hari bermula 18 Julai depan menerusi TV1.

Bermula dengan tayangan Life in Cold Blood pada Isnin, ia diikuti episod Night, Wildlife Man dan kemudiannya diakhiri dengan Impact Stories of Asia.

Dengan paparan ini, penonton berpeluang berkongsi kisah-kisah menarik berlaku di seluruh negara membabitkan dunia manusia dan haiwan yang ada di antaranya belum pernah didedahkan kepada masyarakat umum.

Life in Cold Blood merupakan siri dokumentari dari stesen televisyen BBC yang ditulis dan dibentangkan oleh David Attenborough. Ia dan telah disiarkan di United Kingdom pada tahun 2008 di BBC One.

Siri ini terdiri daripada lima program di mana setiap episodnya memaparkan Attenborough menemu ramah ahli-ahli sains yang pernah bekerja dengannya.

Ia juga meneliti cabaran yang dihadapi oleh anak-anak kapal dan mendedahkan beberapa teknik yang digunakan untuk filem siri ini.

Saksikan juga siri Wildlife Man yang mengetengahkan kisah David Ireland, pengeluar filem terkenal di seluruh dunia berkaitan hidupan liar.

Siri ini mendasari sepenuhnya pengalaman David yang menyampaikan 40 episod berdasarkan pengalaman bekerja dengan singa dan harimau bintang di darat juga jerung dan buaya di laut.

David Ireland digelar "Original Crocodile Man" dan telah tersebar ke seluruh dunia menerusi Discovery Channel pada tahun 1990.

Satu siri dokumentari mengenai penyelesaian kepada masalah kemiskinan dan kelaparan di Asia bertajuk Impact Stories of Asia yang berkongsi memaparkan dokumentari mengenai negara-negara Asia dari sudut politik, sosial dan ekonomi.

Siri ini mengambil pendekatan melihat isu-isu kesukaran hidup termasuk HIV di Kemboja, kebersihan makanan di Tajikistan, pembangunan luar bandar di India, kanak-kanak jalanan di Vietnam, kawasan miskin di Nepal, krisis pelarian di Burma, pembandaran di China dan pasca keruntuhan Soviet Kyrgyzstan.

Penyelesaian yang diambil dan digunakan termasuk memanfaatkannya menerusi teknologi terkini dan amalan ekologi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain