suria

Majlis Perkahwinan Mewah Kate Moss

Kate dan pasangannya Jamie Hince
Kate dan pasangannya Jamie Hince
Kate dan pasangannya Jamie Hince

MODEL Antarabangsa, Kate Moss dikhabarkan telah mengubahsuai rumahnya sebelum majlis resepsi pernikahannya yang dilakukan selama tiga hari itu.

Seperti dipetik Splashnews.com, model berusia 37 tahun ini bukan sahaja membesarkan kawasan ruang tamu, malah membina kawasan landasan helikopter dan bilik karaoke.

Kate dan pasangannya Jamie Hince yang telah berkahwin pada Jumaat lalu sanggup berhabisan demi mengadakan sebuah majlis dan pesta selepas majlis pernikahan mereka.

Dikhabarkan, Kate telah menyediakan anggur mewah yang didatangkan dari Perancis bersama koktail dari kelab mewah Mihaki di London serta seorang chef khusus dari Paris bagi mengurus makanan di majlis tersebut.

Artikel Berikut

Anggun Tidak Lupa Asal Usul

Artikel Lain