suria

Pesona Adele Dalam 21

Artis: Adele Album: 21 Lagu Pilihan: Rolling In Deep, Don’t You Remember dan Set Fire To The Rain Edaran: Warner Music

Album: 21

Lagu Pilihan: Rolling In Deep, Don’t You Remember dan Set Fire To The Rain

MENDENGAR album berjudul 21, nyanyian penyanyi Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins, sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan vokal luar biasanya yang mempunyai muzik campuran blues, soul dan jazz.

Dengan kejayaan album pertama, 19, pada tahun 2008, penyanyi berusia 23 tahun ini meneruskan langkahnya dengan album kedua itu yang dihasilkan di Malibu, California dan Kensal Rise, London.

Album ini memuatkan sebanyak 11 trek lagu dan antaranya ialah Rolling In Deep, Rumour has It, Turning Tables, Don’t You Remember, Set Fire To The Rain, He Won’t Go, Take It All, I’ll Be Waiting, One and Only, Love Song dan Someone Like You.

Menariknya, Adele mengambil inspirasi daripada penyanyi-penyanyi hebat seperti Wanda Jackson, Yvonne Fair, Andrew Bird, Mary J Blige, Mos Def, Elbow, Tom Waits dan Kanye West untuk menjayakan penerbitan album ini.

Lagu pertama, Rolling In Deep sahaja, sudah cukup memberi gambaran bahawa Adele berjaya memukau hati pendengar untuk mendengar lagu-lagu seterusnya.

Adele tahu bagaimana mengekspresikan perasaannya dalam lagu tersebut dan cara dia mengambil hati pendengar menerusi bait lirik-lirik lagu yang sungguh menakjubkan.

Begitu juga dengan lagu Don’t You Remember gabungan kekuatan vokal dan emosi mencetuskan satu emosi yang melankolik.

Iringan muzik piano dalam lagu Turning Tables juga menunjukkan sisi Adele yang begitu santai dan jujur menyampaikan lagu tersebut.

Walaupun Set Fire To The Rain menjadi pilihan, tidak semua yang boleh menerima lagu balada itu. Bagaimanapun, ia sebuah lagu yang ada keunikannya yang tersendiri.

Secara keseluruhannya, 21 merupakan sebuah album yang bagus untuk diperdengarkan kerana jiwa soul penyanyi kelahiran Tottenham, North London, England itu amat terserlah.

Artikel Lain