suria

Rihanna Berang Didakwa Pengaruh Chris Pukulnya

PENYANYI Rihanna (gambar) kembali berang dengan kes dipukul bekas kekasihnya, penyanyi Chris Brown dua tahun lalu kerana sebuah media mendakwa dirinya yang membangkitkan kemarahan Chris sehingga berlakunya insiden tersebut.

Mendengar berita yang dipetik daripada MTV News Canada ini, Rihanna meluahkan perasaan tidak puas hatinya menerusi akaun Twitternya.

Sebelum ini, MTV Canada melaporkan terdapat sebuah Tweet dari Twitter rasmi Rihanna yang mengungkapkan bahawa Rihanna mengaku bahawa dirinya yang memprovokasi Chris.

"Saya mengakuinya. Saya memprovokasi Chris (Brown) agar memukul saya. Kejadian ini bukan sepenuhnya salahnya. Saya minta maaf" tulis Rihanna seperti dipetik daripada laporan tersebut.

Bagaimanapun, MTV Canada melaporkan bahawa Tweet Rihanna ini telah dihapus dan menimbulkan spekulasi apakah pengakuan ini adalah benar atau ditulis oleh seorang penggodam.

Setelah Rihanna meluahkan protesnya, MTV Canada memberitahu bahawa laporan tersebut berdasarkan cerita yang terdapat di beberapa media dalam talian hari ini dan tidak bermaksud menyinggung perasaan penyanyi itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain