suria

Filem 'Zack & Cody' Di Disney Channel Malam Ini

Dylan dan kembarnya Cole Sprouse dalam telefilem The Suite Life Movie yang akan disiarkan buat pertama kali di saluran Disney Channel. - Foto ihsan DISNEY
Dylan dan kembarnya Cole Sprouse dalam telefilem The Suite Life Movie yang akan disiarkan buat pertama kali di saluran Disney Channel. - Foto ihsan DISNEY
Dylan dan kembarnya Cole Sprouse dalam telefilem The Suite Life Movie yang akan disiarkan buat pertama kali di saluran Disney Channel. - Foto ihsan DISNEY

PETALING JAYA: Telefilem The Suite Life Movie yang diadaptasi daripada sitkom popular tentang dua remaja lelaki kembar, The Suite Life of Zack and Cody bakal ditayangkan di saluran Disney Channel (saluran 615) buat julung kalinya pada pukul 7.30 malam Sabtu (malam ini).

Dua bintang kembar utama sitkom tersebut iaitu Dylan dan Cole Sprouse, 18, masih lagi menggalas watak kegemaran ramai, Zack dan Cody Martin dalam versi telefilem ini.

Ia turut dibintangi pelakon-pelakon lain sitkom itu termasuk Brenda Song, Debby Ryan, Matthew Timmons dan Phill Lewis.

Telefilem ini bermula dengan kisah Cody (Cole Sprouse) yang berpeluang untuk menyertai sebuah program latihan amali berprestij pada cuti musim bunga.

Bagaimanapun, tindakan kembarnya Zack (Dylan Sprouse) merosakkan sebuah peralatan saintifik yang bernilai satu bilion dolar mengakibatkan Cody disingkirkan daripada program itu.

Tidak lama selepas itu, pasangan kembar ini ditawarkan pula untuk menyertai sebuah program kajian bernama Gemini Project untuk menilai sikap dinamik pasangan-pasangan kembar.

Menerusi penyertaan dalam program tersebut, kembar ini mendapati bahawa mereka saling berkait dalam pelbagai aspek personaliti dan sikap yang tidak pernah mereka sedari sebelum ini.

Namun, penemuan itu bukan saja merapatkan lagi hubungan mereka untuk lebih memahami antara satu sama lain. Ia turut meletakkan mereka di dalam situasi bahaya yang tidak pernah dijangkakan.

Sitkom The Suite Life of Zack and Cody pernah bersiaran di saluran Disney Channel daripada 18 Mac 2005 hingga 1 September 2008 sebanyak 87 episod.

The Suite Life Movie akan ditayangkan pada pukul 7.30 malam ini di Disney Channel (saluran Astro 615).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain